PROMOSI KHAS

 

Tiada pemeriksaan Perubatan Diperlukan

Skim Takaful CUEPACS

...................................................................................................................................................................................................................................................

Takaful CUEPACS (0678)

Skim Simpanan Dan Takaful Kesihatan

Khas untuk kakitangan kerajaan sahaja

...................................................................................................................................................................................................................................................

CUEPACS

Pelan Takaful

Pengenalan

 

Dalam usaha menyebarkan amalan takaful dalam kalangan masyarakat di Malaysia, CUEPACS bersama-sama  Etiqa Takaful Berhad  telah memperkenalkan Pelan Takaful Keluarga Mutiara Plus.  Pelan takaful ini terbuka kepada anggota sektor awam dalam Kementerian / Jabatan / Agensi / Pihak Berkuasa Tempatan dan pasangan serta anak-anak mereka. Gabungan CUEPACS dan Etiqa Takaful Berhad merupakan satu usaha positif agar ahli-ahli tidak meninggalkan kesengsaraan kepada keluarga. Dengan itu, CUEPACS dan Etiqa Takaful Berhad  akan tetap berada di sisi anda dan keluarga anda untuk menghulur bantuan yang diperlukan. Kekuatan CUEPACS akan menjamin anda dan kelurga anda tidak terbiar.

 

 

Pembahagian Sumbangan

 

Daripada sumbangan bulanan peserta, 43% akan dikreditkan ke dalam tabungan pelaburan sebagai simpanan untuk hari tua (Akaun Peserta - AP) manakala 57% akan dikreditkan ke dalam tabung khairat (Akaun Khas Peserta - AKP). AKP ini adalah sebagai 'Tabarru' bagi tujuan perpaduan, keikhwanan dan kerjasama bagi membantu rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka. Etiqa Takaful Berhad sebagai pengendali tabung-tabung tersebut akan melaburkan sumbangan-sumbangan yang terkumpul dan hasil keuntungan pelaburan tersebut akan dikongsi secara Mudharabah dengan nisbah 80% keuntungan kepada ahli dan 20% kepada  syarikat. Apabila peserta berhenti dari menyumbang, kesemua sumbangan dalam AP bersama keuntungan Mudharabah dari tabung pelaburan akan dikembalikan.

 

 

© 2012 E-KHIDMAT IKHLAS